Thursday, October 28, 2010

Semakan Stok PSS 2010

Pengumuman daripada Pusat Sumber bertarikh 28 hb Okt 2010

Pinjaman buku-buku daripada PSS akan diberhentikan buat sementara mulai hari Isnin, 1hb Nov 2010 untuk kerja semakan stok PSS.
Semua buku yang dipinjam oleh pelajar atau guru mesti dikembalikan pada 8hb Nov 2010.

Pinjaman buku redspot untuk pelajar tingkatan 5 berjalan seperti biasa dan pelajar tingkatan lima perlu pastikan semua buku redspot yang dipinjamnya dipulangkan pada hari akhir peperiksaan SPMnya.    Maklumat lanjut sila rujuk papan notis di PSS atau layari laman web PSS.

Tarikh akhir pinjaman buku fiksyen & bukan fiksyen : 29 Okt 2010
Tarikh bengkel prosedur semakan stok untuk PPS : 1hb Nov 2010
Tarikh-tarikh semakan stok : 2 Nov, 8 Nov – 11 Nov 2010.

Thursday, October 21, 2010

Penerima Hadiah Pengawas PSS Cemerlang 2010


5 PPS yang menerima hadiah ini pada Oktober 2010 :

Nama PPS
Kelas
Hadiah
1. Ng Ivon
502
Motivational Book 
+ Winnie the Pooh
2. Noor Farhana Bt Mohd Noor
403
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
3. Aiesyah Rodhiallah Bt Yusoff
301
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
4. Reshmee a/p Makhan Lal
300
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
5. Puah Hooi Ting
201
Motivational Book
+ Winnie the Pooh

Terus berusaha!

Thursday, October 14, 2010

Sinopsis Fiksyen BM

Nama buku : RAHSIA PATUNG WANITA
Nama penulis : ZULAIKHA
Jumlah muka surat : 112
Tahun diterbitkan : 2000
Penerbit : PENERBITAN FARGOES SDN. BHD.

Ulasan :

      Buku ini mengisahkan pengalaman tiga orang kawan yang bernama Salma, Mei Ling dan Zarina. Mereka menolong ayah Salma, seorang peguam bijak, menyelesaikan misteri berkaitan kapal Bunga Selamat di Pelabuhan Klang.

     Nama asal kapal itu ialah 'Impian Semalam'. Kaptennya bernama Parkir Razak. Kapten Parkir telah jatuh cinta dengan Muhana. Mereka merancang untuk berkahwin secara rahsia sekembalinya Kapten Parkir dari India. Kapten Parkir telah berjanji dengan Muhana akan membelikannya hadiah. Dalam perjalanannya, kapal Kapten Parkir diserang lanun. Kapten Parkir meminta pertolongan Jalil Omar untuk membawa sebentuk cincin kepada Muhana. Tetapi cincin tersebut tidak sampai ke tangan Muhana. Kapten Parkir dan kapalnya hilang dari pengetahuan semua orang....

      Dalam penyiasatan kes misteri ini, ketiga-tiga kawan ini telah menghadapi ancaman daripada Fong dan Fuad. Namun, ancaman ini tidak menakutkan mereka malah menyemarakkan semangat mereka untuk selesaikan misteri ini.

      Syukur kepada Tuhan kerana cincin pemberian Kapten Parkir dapat juga sampai ke tangan Muhana. Salma, Mei Ling dan Zarina berjaya menyelesaikan misteri ini dengan kebijaksanaan dan kerjasama antara mereka.    (162 words)

Sinopsis ini ditulis oleh Phuah Hooi Ting (201)

Komen daripada admin : Apakah pengajaran atau inspirasi yang anda perolehi daripada fiksyen ini ? Mengapa saya harus baca fiksyen  ini? Cuba tambah kandungan sehingga sekitar 250 patah perkataan.

Wednesday, September 15, 2010

Data Program Nilam

    2010
     

Saturday, September 4, 2010

Panduan Menulis Ulasan Buku


Contoh Ulasan Buku Bahasa Malaysia ( I )
Contoh Ulasan Buku Bahasa Inggeris ( I )
Contoh Ulasan Buku Bahasa Malaysia ( II )
Contoh Ulasan Buku Bahasa Inggeris ( II ) 

Thursday, August 19, 2010

Panduan Program Nilam Tahap Kedua : Tahap Rakan Pembaca. (RP)


Sementara tahap pertama (tahap Jauhari) Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca, tahap kedua pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.

Ciri-ciri tahap kedua Nilam.
  • mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca
  • penekanan pada kebolehan pelajar untuk membimbing dan menarik minat pelajar lain supaya turut suka membaca.
  • syarat penyertaan ialah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam tahap pertama.
  • aktiviti tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti tahap Rakan Pembaca.

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP:


Sesi Aktiviti
Bil Sesi
Bil Pendengar
Markah
1.
Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah oleh guru pembimbing RP.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 pendengar
5 markah
6 atau lebih pendengar
5 markah*
2. 
Membaca bersama di mana pelajar RP membimbing sekumpulan pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi utama dalam buku itu dan apakah pengajaran yang didapati setelah membaca buku itu.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
3.
Meminjam Buku - di mana pelajar RP meminjamkan  buku yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam  telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.

1 buku
2 peminjam
2 markah
5 atau lebih peminjam
5 markah*
4.
Ulasan Buku - di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai satu sesi dan diberi 5 markah.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
5. 
Bicara Buku - di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
6. 
Debat Buku - di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaran pendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah.

1 sesi
3 pendengar
3 markah
5 atau lebih pendengar
5  markah*
7.
Pidato (public speaking)di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu.

1 sesi
5 atau lebih pendengar
5  markah*

* markah maksimum untuk satu sesi ialah 5 markah.

Nota : 1. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.
          2. Pelajar RP, pendengar dan peminjam perlu datang dari sekolah yang sama    
              untuk penyemakan kesahan sesi.


Cadangan Sumber Bahan Bacaan

          Pusat sumber Sekolah
          Perpustakaan Awam Negeri
          Perbadanan Perpustakaan Awam
          Perpustakaan Begerak
          Perpustakaan Desa
          Perpustakaan Keluarga
          Perpustakaan Persendirian
          Kedai-kedai Buku.
          Koleksi buku-buku atas talian seperi Google Books dan perpustakaan atas talian.


Sistem Ganjaran RP

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembaca yang boleh dibeli dari kedai koperasi. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 – 199
GANGSA
200 – 299
PERAK
300 – 399
EMAS
400 KE ATAS
NILAM

Selamat mengambil bahagian dalam Nilam tahap Rakan Pembaca.



Disediakan oleh : GPM, TMGS, Taiping.

Monday, August 2, 2010

Status Nilam Yang Sepatutnya

Pencapaian Status Nilam tahap Jauhari dalam sekolah mesti :

Gangsa      15%
Perak      10 %
Emas      7 %
Nilam     5 %

Status sekolah kita pada 30 Jun 2010 adalah


Gangsa      16.3%
Perak       6.6 %
Emas        3.3 %
Nilam       2.1 %

Kita masih perlu berusaha dengan giat untuk mencapai taraf yang sepatutnya


   

Thursday, June 24, 2010

Wang PCG PSS

Wang PCG (Per Capital Grant ) yang diterima :            
2012             RM  11,195.00                    TERIMA 70 % sahaja pada 1 Mac 2012

2011             RM  11,520.00
                                                                                     
2010             RM  11,637.00

2009             RM  11,720.00

2008             RM  11,897.00                                    01-03-08   RM  5555.00

2007             RM  11,429.00                                    30-06-07   RM  5479.96

Wednesday, April 14, 2010

Application for new trainee Librarians opened now !

Hi All

Applications for new trainee Librarian are opened to all Form 1 and Form 4 students starting from 15 April 2010.
Announcement will be made in tomorrow's roll call. This time all PPS please make sure application forms taken by every students are recorded. We don't want to waste  forms unnecessarily.

Closing date will be 26th April 2010 and interview will commence on 28 Apr 2010.

Kindly be informed.

Regards.

Learn while you work. Live worthily.

Saturday, April 10, 2010

Tajuk-tajuk Karya-karya Agung (Besar)

Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran  dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan  nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku  yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif.

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental  dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

1.        Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah melalui penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan yang bermutu.
2.          Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.
3.          Melahirkan  murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran  kritis dan kreatif
4.            Melahirkan masyarakat  berilmu  dan menghayati budaya ilmu
5.            Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.


Kriteria

1.           Meliputi karya kreatif dan non-kreatif  daripada penulis dan pemikir berwibawa.
2.          Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau  karya-karya terjemahan.
3.            Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
4.           Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan  atau antarabangsa.
5.          Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat,  agama, bangsa, atau kaum.
6.            Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
7.             Karya asli.
8.             Karya-karya besar dalam bentuk edisi  pelajar adalah diterima.


Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung (Besar)

Bahasa Inggeris

Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas)

Karya Klasik
1.     Hamlet                                                               - William Shakespeare
2.     Romeo and Juliet                                              - William Shakespeare
3.     The Merchant of Venice                                    - William Shakespeare
4.     Cleopatra                                                           - William Shakespeare
5.     The Tempest                                                     - William Shakespeare
6.     As You Like it                                                    - William Shakespeare
7.     Much Ado About Nothing                                  - William Shakespeare
8.     The Taming of The Shrew                                 - William Shakespeare
9.     Twelfth Ninth                                                     - William Shakespeare
10.            King Lear                                                           - William Shakespeare
11.            King Arthur and Knights of the Round Table     - William Shakespeare
12.            Henry V                                                             - William Shakespeare
13.            The Prince of Padua                                         - William Shakespeare
14.            Illiad  & Odyssey                                               - Homer
15.            Oedipus                                                            -  Socrates  
16.            Pride and Prejudice                                       -  Charlotte Bronte
17.            To Kill A Mockingbird                                     -  Harper Lee
18.            Roots                                                             -  Alex Haley 
19.            Of Mice and Men                                           -  John Steinbeck.
20.            Animal Farm                                                  -  George Orwell.
21.            The Scarlet Letter                                          -  Nathaniel Hawthrone.
22.            Moll Flanders                                                 -  Nathaniel Hawthrone.
23.            Gone with the Wind 
24.            Wuthering Heights                                         -  Charlotte Bronte
25.            The Tale of Two Cities                                   -  Charles Dicken
26.            Jane Eyre                                                      -   Charlotte Bronte
27.            The Pearl                                                       -  John Steinbeck
28.            Sons and Lovers                                           -   D.H. Lawrence
29.            The Pygmalion                                              -   George Bernard Shaw
30.            The Importance of Being Ernest                   -  Oscar Wilde
31.            Noli me Tangare ( My Hand)                        -  Jose Rizal
32.            Centerbury Tales                                          -  Chaucer
33.            Lord of The Rings                                         -  L. Tolkien
34.            Collections of Khalil Gibran                                                    

Karya Bacaan Matang dan  Bukan Fiksyen (Menengah Atas)

1.     Mein Kempf   (My Struggle)       -    Adolf Hitler     (terjemahan Bahasa Inggeris)
2.     The Wealth of Nation              -    Adam Smith
3.     The Republic                           -    Plato
4.     The Prince                              -    Machiavelli
5.     Utophia                                  -    Sir Thomas More
6.     In Praise of Folly                     -    Erasmus
7.     Chicken Soup of The Soul                 


Bahasa Melayu

Sekolah Menengah

Karya Klasik

1.     Tuhfat An-Nafis
2.     Hikayat Merong Mahawangsa
3.     Hikayat Malim Deman
4.     Hikayat Laila Majnun    
5.     Hikayat Raja Donan
6.     Hikayat Malim Deman
7.     Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8.     Hikayat Amir Hamzah
9.     Pelayaran Abdullah                                   - Munsyi Abdullah

Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah

1        Ranjau Sepanjang Jalan                            - Shahnon Ahmad
2        Salah Asuhan                                           - Abdul Moies
3        Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk             - Drs. Prof. Hamka
4        Uda dan Dara                                           - Usman Awang
5        Salina                                                       - A. Samad Said
6        Sejarah Melayu                                        -  Tun Sri Lanang
7        Anak Mat lela Gila                                      - Pak Sako


Lain-lain
2.   Puteri Gunung Tahan                      - Pak sako
3 . Melor Kuala Lumpur                        - Harun Aminurrashid
4 . Gelombang Hidup                           - Abdullah Sidek
5 . Nyawa di Hujung Pedang                 - Ahmad Murad Nasarudin
6 . Sisa Neraka Dunia                          - Ahmad Lutfi
--------------------------------------------------------------------------------------------

2. Sungai mengalir Lesu (1967)             - A.Samad said
3 . Desa Pingitan (1964)                       - Ibrahim Omar
4 . Pulanglah Perantau                         - Aziz Jahpin
5 . Samudera                                     - Arena Wati
6 . Merpati Putih Terbang Lagi               - Khatijah Hashim
7 . Interlok                                          - Abdullah Hussein
8 . Rentong                                        - Shahnon Ahmad
9 . Anak Titiwangsa                             - Keris Mas
10.Biru Warna                                     - Awang Had Salleh
11.Rantau Selamat                              - Abdullah Hussein
12.Badai Semalam                              - Khatijah Hashim
13.Gelora                                             - Arena Wati
14.Senja Belum Berakhir                      - Azizi Hj. Abdullah
15.Sami Mekong                                  - Azizi Hj. Abdullah          
16.Pahlawan Lembu                             - S.Othman Kelantan
17.Hari Terakhir Seorang Seniman         - Anwar Ridhwan
18.Saga                                               - A. Talib Hasan
19.Daerah Tercinta                              - Muhd Mansor Abdullah

--------------------------------------------------------------------------------------------
2 . Srengenge (1973)                           -
3 . Seluang Menodak Baung (1978)
4 . Lingkaran                                      - Arena Wati
5 . Bulan Merah di Tiga Kuala                - Zahari Afandi
6 . Kunang-Kunang                              - Zahari Afandi
7 . Bila Lagi Kompang Berbunyi             - Marwilis
8 . Ngayau                                            - Amil Jaya

 Karya terbitan Tahun 80an

1 . Tok Guru                                          - Shahnon Ahmad
2 . Daerah Zeni                                     - A. Samad Said
3 . Hujan Pagi                                        - A. Samad Said
4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur   - Keris Mas
5 . Rimba Harapan                                 - Keris Mas
6 . Seorang Tua di Kaki Gunung              - Azizi Hj. Abdullah
7 . Mega-Mega di Langit                          - Talib YK
8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut           - Shaari Isa
9 .  Buih di Atas Air                                 - Abdullah Hussein
10. Meniti Cahaya                                   - Ghazali MA
11. Sesudah Fajar Sebelum Senja           - Baharuddin Sidi
12. Di Sebalik Sebuah Kubah                 - Harun Hj. Salleh
13. Langit Petang                                  - A. Samad Said
14. Tunggul Gerigis                               - Shahnon Ahmad
15. Di Negeri Belalang                          - Anwar Ridhwan
16. Terang Bulan                                  - Rahmat Harun
17.  Arus                                              - Anwar Ridhwan.