Thursday, October 28, 2010

Semakan Stok PSS 2010

Pengumuman daripada Pusat Sumber bertarikh 28 hb Okt 2010

Pinjaman buku-buku daripada PSS akan diberhentikan buat sementara mulai hari Isnin, 1hb Nov 2010 untuk kerja semakan stok PSS.
Semua buku yang dipinjam oleh pelajar atau guru mesti dikembalikan pada 8hb Nov 2010.

Pinjaman buku redspot untuk pelajar tingkatan 5 berjalan seperti biasa dan pelajar tingkatan lima perlu pastikan semua buku redspot yang dipinjamnya dipulangkan pada hari akhir peperiksaan SPMnya.    Maklumat lanjut sila rujuk papan notis di PSS atau layari laman web PSS.

Tarikh akhir pinjaman buku fiksyen & bukan fiksyen : 29 Okt 2010
Tarikh bengkel prosedur semakan stok untuk PPS : 1hb Nov 2010
Tarikh-tarikh semakan stok : 2 Nov, 8 Nov – 11 Nov 2010.

Thursday, October 21, 2010

Penerima Hadiah Pengawas PSS Cemerlang 2010


5 PPS yang menerima hadiah ini pada Oktober 2010 :

Nama PPS
Kelas
Hadiah
1. Ng Ivon
502
Motivational Book 
+ Winnie the Pooh
2. Noor Farhana Bt Mohd Noor
403
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
3. Aiesyah Rodhiallah Bt Yusoff
301
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
4. Reshmee a/p Makhan Lal
300
Motivational Book
+ Winnie the Pooh
5. Puah Hooi Ting
201
Motivational Book
+ Winnie the Pooh

Terus berusaha!

Thursday, October 14, 2010

Sinopsis Fiksyen BM

Nama buku : RAHSIA PATUNG WANITA
Nama penulis : ZULAIKHA
Jumlah muka surat : 112
Tahun diterbitkan : 2000
Penerbit : PENERBITAN FARGOES SDN. BHD.

Ulasan :

      Buku ini mengisahkan pengalaman tiga orang kawan yang bernama Salma, Mei Ling dan Zarina. Mereka menolong ayah Salma, seorang peguam bijak, menyelesaikan misteri berkaitan kapal Bunga Selamat di Pelabuhan Klang.

     Nama asal kapal itu ialah 'Impian Semalam'. Kaptennya bernama Parkir Razak. Kapten Parkir telah jatuh cinta dengan Muhana. Mereka merancang untuk berkahwin secara rahsia sekembalinya Kapten Parkir dari India. Kapten Parkir telah berjanji dengan Muhana akan membelikannya hadiah. Dalam perjalanannya, kapal Kapten Parkir diserang lanun. Kapten Parkir meminta pertolongan Jalil Omar untuk membawa sebentuk cincin kepada Muhana. Tetapi cincin tersebut tidak sampai ke tangan Muhana. Kapten Parkir dan kapalnya hilang dari pengetahuan semua orang....

      Dalam penyiasatan kes misteri ini, ketiga-tiga kawan ini telah menghadapi ancaman daripada Fong dan Fuad. Namun, ancaman ini tidak menakutkan mereka malah menyemarakkan semangat mereka untuk selesaikan misteri ini.

      Syukur kepada Tuhan kerana cincin pemberian Kapten Parkir dapat juga sampai ke tangan Muhana. Salma, Mei Ling dan Zarina berjaya menyelesaikan misteri ini dengan kebijaksanaan dan kerjasama antara mereka.    (162 words)

Sinopsis ini ditulis oleh Phuah Hooi Ting (201)

Komen daripada admin : Apakah pengajaran atau inspirasi yang anda perolehi daripada fiksyen ini ? Mengapa saya harus baca fiksyen  ini? Cuba tambah kandungan sehingga sekitar 250 patah perkataan.