Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Guru,
Dialah ilmuwan yang melahirkan cendekiawan,
Guru,
Dialah atlet yang melahirkan olahragawan,
Guru,
Dialah hartawan yang melahirkan jutawan,
Guru,
Dialah jurutera yang melahirkan seribu bangunan,
Guru,
Dialah perawat yang melahirkan ahli perubatan,
Guru,
Biar apapun kerjaya di seluruh dunia …
Dialah akar di sebalik pohon,
Tidak kelihatan,
Namun di situlah asalnya kekuatan,
Kerana dia … Guru
Cendekiawan yang mendidik sejuta insan …

Selamat Hari Guru.
Terima kasih di atas tunjuk ajar dan bimbingan.

Monday, May 2, 2011

Bulan Membaca – Bulan Julai ________________ Hari Buku Sedunia – 23 April

Bulan Membaca – Bulan Julai

Bermula daripada tahun 2001, bulan Julai diistiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos (Sebelum 2001, Bulan Membaca Kebangsaan ialah pada Ogos).. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.  Bulan Membaca Kebangsaan yang pertama telah dilancarkan pada 31 Julai 1995 dan bertemakan "Mari Membaca Bersama”.

Hari Buku Sedunia – 23 April


World Book and Copyright Day (also known as International Day of the Book or World Book Days) is a yearly event on 23 April, organized by UNESCO to promote reading, publishing and copyright. The Day was first celebrated in 1995.

Monday, January 3, 2011

Pengumuman Permulaan Tahun 2011


  • Semua pelajar tidak dibenarkan meminjam buku dalam tempoh minggu pertama.
  • Pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 boleh meminjam buku mulai 10 Jan 2011.
  • Pelajar tingkatan 4 boleh meminjam buku mulai 17 Jan 2011. 
  • Pelajar tingkatan 1 boleh meminjam buku mulai awal bulan Februari.
  • Semua buku redspot tidak boleh dipinjam untuk kerja semakan stok. Semakan stok redspot akan siap semua pada 14 Jan 2011.
  • Buku redspot boleh dipinjam mulai 17 Jan 2011 oleh semua pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5.
  • Pelajar Tingkatan 4   tidak perlu   buat kad automasi baru. Kad sedia ada dilanjutkan tarikh aktifnya sehingga 20 Dis 2012.

  • Guru Penyelaras Nilam Tahun 2011
    Tingkatan 1 : Pn. Nurul Huda
    Tingkatan 2 : Cik Shahizatol Azma
    Tingkatan 3 : Pn. Farah Naz
    Tingkatan 4 : Pn. Ruzana
    Tingkatan 5 : Cik Ng Poh Lay