Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Guru,
Dialah ilmuwan yang melahirkan cendekiawan,
Guru,
Dialah atlet yang melahirkan olahragawan,
Guru,
Dialah hartawan yang melahirkan jutawan,
Guru,
Dialah jurutera yang melahirkan seribu bangunan,
Guru,
Dialah perawat yang melahirkan ahli perubatan,
Guru,
Biar apapun kerjaya di seluruh dunia …
Dialah akar di sebalik pohon,
Tidak kelihatan,
Namun di situlah asalnya kekuatan,
Kerana dia … Guru
Cendekiawan yang mendidik sejuta insan …

Selamat Hari Guru.
Terima kasih di atas tunjuk ajar dan bimbingan.

0 comments:

Post a Comment