Thursday, October 14, 2010

Sinopsis Fiksyen BM

Nama buku : RAHSIA PATUNG WANITA
Nama penulis : ZULAIKHA
Jumlah muka surat : 112
Tahun diterbitkan : 2000
Penerbit : PENERBITAN FARGOES SDN. BHD.

Ulasan :

      Buku ini mengisahkan pengalaman tiga orang kawan yang bernama Salma, Mei Ling dan Zarina. Mereka menolong ayah Salma, seorang peguam bijak, menyelesaikan misteri berkaitan kapal Bunga Selamat di Pelabuhan Klang.

     Nama asal kapal itu ialah 'Impian Semalam'. Kaptennya bernama Parkir Razak. Kapten Parkir telah jatuh cinta dengan Muhana. Mereka merancang untuk berkahwin secara rahsia sekembalinya Kapten Parkir dari India. Kapten Parkir telah berjanji dengan Muhana akan membelikannya hadiah. Dalam perjalanannya, kapal Kapten Parkir diserang lanun. Kapten Parkir meminta pertolongan Jalil Omar untuk membawa sebentuk cincin kepada Muhana. Tetapi cincin tersebut tidak sampai ke tangan Muhana. Kapten Parkir dan kapalnya hilang dari pengetahuan semua orang....

      Dalam penyiasatan kes misteri ini, ketiga-tiga kawan ini telah menghadapi ancaman daripada Fong dan Fuad. Namun, ancaman ini tidak menakutkan mereka malah menyemarakkan semangat mereka untuk selesaikan misteri ini.

      Syukur kepada Tuhan kerana cincin pemberian Kapten Parkir dapat juga sampai ke tangan Muhana. Salma, Mei Ling dan Zarina berjaya menyelesaikan misteri ini dengan kebijaksanaan dan kerjasama antara mereka.    (162 words)

Sinopsis ini ditulis oleh Phuah Hooi Ting (201)

Komen daripada admin : Apakah pengajaran atau inspirasi yang anda perolehi daripada fiksyen ini ? Mengapa saya harus baca fiksyen  ini? Cuba tambah kandungan sehingga sekitar 250 patah perkataan.

0 comments:

Post a Comment